Wednesday, June 1, 2022

Mencari Sinar Pelangi Selepas Hujan

Bila hati merasa resah, mencari tempat untuk melepaskan, aku rasa perlu menulis. Bukan untuk orang yang munkin membacanya tapi lebih untuk diri sendiri.

Sebenarnya tercari2 medium untuk menulis, nak tulis dalam buku... tiada buku disisi...kala ni disisi yang ada kertas2 terpakai...kucuba tulis, ku padam, dan ku tulis lg lalu ku koyakkan dan buang..entah mengapa..terasa ada memerhati... 

Tetiba teringat blog yang penah ada... masuk disinila... Skang ni mana ada dah yang rajin berblogging, marila kita cuba melepaskan sesak yang terbuku...bermonolog untuk diri sendiri..Menulis untuk diri sendiri je.

Ku mohon kekuatan Ya Allah, bantu hambamu, aku perlu perubahan dalam hidupku.. perubahan untuk menjadi lebih baik... telah lama aku tidak merasa sesuatu yang membuat diriku rasa begitu passion dengan apa yang aku lakukan... Lorongkan jalan untukku sehingga dapat menemui kerja yang membuat aku rasa bahagia dan gembira... Yang memberi hasil lebih baik dari apa yang ku terima hari ini.

Ku mohon menjadi lebih berani, lebih fokus, lebih baik, lebih rajin, dan segala perkara2 positif dalam hidupku... Ya Allah, perkenankan permintaan ku untuk membuat sesuatu yang buat aku rasa gembira.. entah mengapa, dugaan bertimpa2 kebelakangan ini membuatku bagai tersedar, jika sebelum ini, aku hanya melalui proses mengikut aturan yang ada... mengikut saja flow yang ada, minda hanya berkata janji segalanya cukup... kalo kita cerita pada seseorang, munkin hamba Allah akan berkata bersyukurlah...Alhamdulillah, tetap bersyukur... 

Ya Allah, aku diduga Ya Allah, mohon beriku jalan keluar, apa harus ku lakukan... kerana, aku tidak lagi dapat hidup dengan seadanya yang ku ada pada hari ini... kerana inginkan sesuatu yang lebih baik... segala yang kupunya sebelum ini tiba2 kurasakan sangat menyesakkan nafas... 

Takdir... Allah takkan mengubah nasib seseorang selagi dia tidak berubah... Ya Allah, aku ingin berubah, tunjukkan ku jalan. Ya Allah, lapangkan dadaku, dekatkan aku denganMu, lorongkan aku ke arah sesuatu yang membuatkan aku gembira, murahkan rezekiku Ya Allah, rezeki suamiku dan seluruh ahli keluargaku...

Aku perlukan semangat... temukan aku dengan insan2 hebat, insan2 yang mendorongku ke arah kebaikan..

Adakala, Terbayang Suasana pantai, desiran ombak sangat menenangkan, duhai hati, hilanglah resah.

2 hari ni ketika dalam perjalanan ketempat kerja, aku rasa sangat bahagia melihat burung terbang bebas diawan, tersenyum tiba2 melihatnya sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir dihadapan ku... rasa damai melihat alam, bagai mengharap hati ku juga terasa damai...

Wajah yang gembira, gelak tawa, enjoy dengan apa ku lakukan pada masa2 lalu... sesekali terjah diingatan..

Rindu...

Suasana kala ini, saat ini, kurasa sangat menekan, apa ku lakukan hanya untuk orang2 sekelilingku... pastikan mereka cukup serba serbi... cuba buat mereka gembira... kadang2 rasa sangat struggle, kadang2 rasa ok je.. tapi, dengan dugaan yang kau beri Ya Allah kebelakangan ini, aku rasa takut... mampukah aku...? 

Masih berusaha menyelesaikan satu persatu... tapi, ia sangat mengganggu fikiran... mengganggu fokus tiap kali teringat... masih mencari jalan keluar... mencari dan ingin mencuba sesuatu yang baru agar dapat menjadikan segalanya lebih baik... namun sehingga kini aku masih tidak bergerak setapak pon ke hadapan.. beberapa tahun yang lalu sangat mendatar, memenatkan juga sehingga selalunya ku terlupa, membawa diri untuk berasa lebih tenang dan gembira... 




Monday, July 11, 2016

Aku yang keresahan, nerbes, dan segala macam ada

X sampai sejam lagi aku akan menamatkan kerjaya aku di sini (Honda Service Centre Bandar Sri Damansara). Start join company ni Aug14 betul2 lepas raya... dan tahun 2016 ni setelah bercuti raya selama seminggu which hari ni kirenya hari aku kembali bertugas dan hari penamatan keje... kalo ikutkan dah sebulan dah kot x mengadap keje... datang opis just lepak2 sebab dah ada budak replaced tempat aku... so, tugas aku just monitor die sahajala... ajar2, suh die tulis note bagai bagi cepat paham pastu ko wat keje ko aku leh men game..ehh??

Ok, yang buat aku terpanggil menaip disini bukanlah sebab hal aku yang nak benti keje, tapi sebab esok hari aku akan keje kat tempat baru. Apalah punya kecut perut, nebes n pelbagai rase sume ada. Aku dok gugle pengalaman orang yang nak start keje baru tapi takde yang membantu meredakan kerisauan hati. Bukan aku takde pengalaman bertukar keje tapi kali ni aku memang rase semacam sangat sebab rasa macam company yang bakal aku join ni group die besar. Bace milestone die acquire co. tu n co. ini termasuk Arthur Anderson. Headquarters die kat Singapore. Beberapa Negara lagi turut terlibat dalam group ni.

Sangatlah merisaukan kiranya expectation diorang tinggi melangit. Buat aku yang dah x mengadap accounting software n keje2 akaun selama aku bekerja di Honda ni. Kat sini keje2 die celah gigi je. Hahahaha.... Aku sempat develop method aku sendiri utk cepatkan keje aku n study excel through gugle. Thanks gugle. Sangat bertuah. Cuma, aku terpaksa mendaki demi pengetahuan n peningkatan kerjaya. Kat cni position ni agak stagnant, plus coti tahunan selama 8 hari setahun tu yang amat melelahkan aku. Susah wei nak arranged especially rakyat cilik ko tu ada tiga orang. Kadang2 diuji sakit dh kene cuti, kang event2 die yang buat ari sabtu, cuti lagi sbb aku keje tiap sabtu.

Maka, bila offer company ni datang, syukur Alhamdulillah. Back to 5 working days n coti masyaAllah 24hari setahun.

Part seronok memang seronok. Yang tak seronok nye ialah saat menghadapi tugas. Mampu kah aku? Environment yang bakal dilalui esok adalah berhadapan dengan manusia which 80% adalah Chinese. Aku penah merasa bermasalah dengan minah cina yang kaki kipas yang sentiasa rasa cara die the best padahal the worse sebab double work dan keje jadi panjang, budak2 pon xdan nk buat dan akula mangsa keadaan. Bila kita usul cara lain, die mati2 suh follow cara die yang bangang tu pastu dok cucuk2 bos. xbolela tengok orang cerdik dari dia. Minta2la aku tak jupe lagi manosia macam ni lagi di tempat baru.

Tapi disebabkan pengalaman itula build diri aku skang which menjadikan aku lebih berhati2 dan membuatkan keje aku kat Honda ni senang je. Ada yang cuba pekena tapi minta maaf sebab sebab sume tugas aku dilaksanakan aku sentiasa pastikan orang2 tertentu alert apa yang aku buat.

Moga urusan esok hari dipermudahkan. Moga aku jumpa orang yang baik2 dan menjadikan aku lebih baik dari hari ini dan semalam. Moga urusan pekerjaan aku nanti merupakan satu ibadah. Moga gaji yang kuterima itu berkat. Moga terang hati aku belajar apa yang perlu aku belajar. Moga aku masih lagi ingat apa yang telah aku belajar.

Ok off for now. Dah nak 5.30pm. Nak balik dah. Babai Honda 3s. Thank you boss for hiring me. Thank you for all lesson n knowledge received from this company. The new chapter in career begin on tomorrow.

Tuesday, April 12, 2016

Menu Dinner & Puasa

Harini i is puasa ganti.

Tatkala ni tengah terfikir menu apakah malam ini sedangkan jauh lagi waktu berbuka. Bukan apa dengan masa yang mungkin ada sejam atau sejam setengah once aku touch down rumah haruslah kita siap-siap fikirkan lebih awal. Lagi-lagi ko tak dapat nak imagine apa perangai anak-anak selepas ambil diorang petang ni. Kalau masing-masing baik je, alhamdulillah buatnya ada yang mood die swing ke laut, mau dengan aku skali rase nak terjun laut kang.

Selalunya kalo aku tau yang abah diorang akan balik lambat, aku akan jadi lagi sibuk sebab aku akan cuba pastikan diorang ada sesuatu yang boleh buat diorang enjoy their time. Selalunya aku prepare something yang diorang leh makan, potong buah siap2, keropok2, air teh ke nescafe ke at least for a while bagi diorang hadap dulu so diorang boleh duduk diam kejap tanpa unsur2 pergaduhan. Perghhh, ganas je bunyik anak2 aku ni kan. Well, tp, itulah kanak2, ada masa baik sesangat boleh main sama2, ada masa.... urghhh, pepaham je la. 

Then, barula aku boleh bersilat clearkan apa2 yang patut. Kutip bekas2 lauk semalam, cawan2 kotor dan clearkan periuk nasi, rendam sekejapan untuk masak yang baru. Selalunya kalo en b informed siang2 dia balik lambat, aku akan beli lauk je. Cuma yang selalu terjadi lauk tu slack tak kena dengan selera anak2. Yang ni memang aku pening sebab akan fikir apa pulak menu korang nak makan ni. Kadang2 aku bagi je apa yang ada dulu macam roti ke, cereal ke, kalo rajin sket aku masak lauk ringkas2 je satu untuk diorang, masak kicap ke, goreng sayur wat berkuah sket ke. Asal aku rase diorang boleh makan. Kalau tak makan jugak, korang tunggula abah korang balik pastu suh la abah ko plak layan korang nak makan apa.

Jadi, macam arini aku tak tau la en b ni balik seperti biasa atau lewat. Kalau awal alhamdulillah sebab kalo en b ada aku lepas tangan je perihal nak memerhatikan diorang ni. Aku masak kang en b boleh tolong suapkan anak2. Tapi kalo die lambat, berkejar-kejaran la aku dengan masa, mana nak handle anak2 mana aku berbuka puasa. Buatnya yang sorang nak main basikal pulak. Lagi lambat aku dapat masuk rumah. Dan selalunya kalo en b balik lambat aku tak sempat nak makan pon before hantar anak2 pergi mengaji. Dah balik mengaji lauk yang ada dah jadi sendu kadang makan pon tolak2 je janji masuk mulut. Tapi, badan gembira juga. Takde plak die nak turun barang sekilo dua ke. erk.



Eh balik pada menu malam ni, menu untuk aku ada dah tinggal clearkan periuk nasi dan masak baru, perangat rendang daging mak bagi ari ahad aritu. Tinggal menu anak2 je yang selalu aku fenin. Anak-anak aku ni tak macam anak orang lain, taste masing2 tak sama. Hat sorang kari hat sorang sup. Kalo buat sup sorang lagi tak makan. Begitula sebaliknya. Hanya masak kicap yang takat ni dua2 leh terima. Tapi takkan hari2 nak masak kicap kan. Ingat nak beli je mee goreng ke if in case abah korang balik lewat. En B pon sama jugak cerewet tang makan, cer kalo apa yang ada tu makan je la. So far tak nampak die penggemar rendang. Aku yang dalam dilema nak masak apa.

gamba sekadar hiasan


Monday, April 4, 2016

How I Wish I Can Come Back

I went through one blog which makes me feel like i wanna write something here. It's look like i'm reading a story book. Amazing, its was a very long time i never touch/read novel and you know what the feeling is something that i don't know how to describe here. But it is a good sign for me. I am under pressure this couple of month and luckily i see her blog. Her writing makes me feel better. It is from 2006's story until now and i haven't finished it. 


Monday, January 28, 2013

Oh Kerja

Skrg ni..hari2 perihal kje bmain dpikiran...ish..mcm2la...smpa kdg rase nk quit...tp...nk keje mana pulak pasni..tp...kdg rse nk stay sbb geram ngan finance mgr cina ni...kalo ikut ofer letter tugas aku level aku sama je ngan die...beza cuma offer letter aku under co. lain die manage co. len... 

Kalo ikutkn top mgt..diorg nk aku manage senirik finance dept aku...tp...aku mcm xnmpk pon aku dpt kuasa on that sbb si pompuan cina ni mcm xnk lepaskn aku... at this time... aku mmg sll disagree ngan die...huhu...mengikut kata bebdk dlm opis...ibarat ape yg die kata sume betol...sume nk kene ikut ckp die...cara die...mcm aku...aku ni mmg lepas je...ape yg aku x agree aku ckp...dan mmg style aku kalo suara aku akan meninggi sket if akbckp bila disagreement blaku...

Mula2 aku take it positive la bile die tegur aku cara aku bckp...smpai kdg malas pon nk bckp ngan die...tp..cube dgr kate bdk opis...sume pon kate die sll ckp kuat2...kdg kalo nk malukn org lg selamba kuat volume die...pggl org jerit je dr partition die tu...Sampai 1 mase  aku rase lantakla...sbb yg sll wat aku tinggi suara pon die jela...huhu...

N skang aku jumpa2 mcm2 yg die buat co. aku handle skang mcm sengaja let we all akan terus suffer.. hutang interco between co aku ngan co. die lebih 3juta...kesian tau plus skt ati...sbb co  aku bumi status...die mmg 100% cina.. tp.. tula even bumi status...org2 cina ni la yg contol... melayu, sabah n swak...hanya jd kuli semata.. plan aku..aku nk eliminate charges2 yg x necessary tu...aku dh sdikit bsuara psl ni even aku msh dlm probabtion...result hanya dpt kurangkn interest charges fr 10% to 5% thadap dt note yg pompuan cina ni charge kat co. aku jaga...

kalo boleh aku xnk die sorg jd pengaruh bsr dlm setiap keputusan yg big boss buat.. tbaru..incentive bdk2 ni ciput giler compared co. die bg...cian bebudak aku tau... n aku juga xnk die jd menyerlah dimata bos tp   padahal...yg buat org lain...serius skt ati tgk...yg tolong org melayu kite...yg dpt token die. . kalo nk mengurangkn periuk nasi org bg kat die...

nasihat terbaru die pd aku smlm..aku x boleh mjurus ke employee side...aku adalah org ditgh2 antara management n employee....mslhny pompuan cina ni yg control mgt decusion maker n makes thing burden not only employee tp...co. bumi yg aku jge as a whole...bak kate 2nd bos merangkap org yg run business di co. aku..kalo die bwk 20million pon not enough with charges yg diorg claim kat co. aku....

geram ade org camni....

Monday, December 10, 2012

Sebulan sudah...

Sebulan tiada update... xtau nk mula dr mana... kalo ikutkan byk mende nk cite... tp, itulah... kekangan mase... tiada masa untuk meninjau blog mahupun fb...

Rindu pada kawan2... lama sungguh x jumpa... bilala dapat duduk ramai2 borak2...hurm...sungguh sgt rindu...

Kerja... ditempat baru ni...byk mende baru yg aku belajar...perkataan baru... style keje yg berbeza... plg yg membuatkan aku sgt2 bz sbb... keje tbengkalai sgt byk... sume aku kene clearkan... aku harap once sume dh in track... kurangla rase lelah...

Kesihatan... kurang memberangsangkn... tp, at this moment for me alhamdulillah xde la batuk n demam... sbnrnya dh berbulan2 kesihatan on and off... bukan aku je...tp, anak2 juga... tiap2 bulan berkunjung ke klinik...kdg2 2kali sebulan... letih rase...terbaru, arsyad 1st time warded... 1st time juga kene neb...semput... aidid pulak berbulan2 juga batuk...demam on and off...arini demam esok x...gitu ler selalunyer.... and dh 2 mlm turut2 sblm tdo bantai muntah...

Financial...dh start merasa gaji baru... masih berhati2 n bkira2...harapnyer tidakla sesak mcm dahulu...dh gaji baru... redha je la dlm bbelanja utk brg dapur... malas dh nk bkira tanggungjawab sape... wat sakit pale sakit ati jela... moga hubby pon pepandai la cover utk yg lain... n moga akan dtg rezeki hubby juga murah...

At this moment... rase nk marah pon mcm xde dh... semua rasenye lebih baik dr sebelum ni... kurang stress tang kehidupan seharian... alhamdulillah... pegi keje skali ngan hubby...naik moto je... basah kene ujan harung je skang ni... huhu... kuasa pelukan naik moto kot wat kite lebih tenang... hahaha...

Okayla... nk smbung wat keje... sampai jumpe lagi...bye...

Wednesday, October 31, 2012

On my last working day

My last working day kat audit firm nih...pasni belaja mende baru... join commercial line plak... harap2nye boleh catch up... keje dgn cemerlang... oh momentum datangla pdku since esk... almaklumla...dok cni dh lama bersenang lenang...wat mende yg kite dh tau...so, xbyk mse diperlukan... byk mse leh blogwalking ler...fb ler...hehehe...pasni...sure...NO...NO...NO... la kan... Kembali tekun bekerja la aida...spt zmn awal2 keje kat cni dlu...

Perasaan pg ni mse drive...something unexplain...pikiran kosong...xpasang radio pon...walau jln jem luarbiasa atas highway NKVE dr kt damansra ke jln duta... aku rilek je... merasakan esk munkin aku xkan lalu lagi jln ni spt kebiasaannye... lantak pi la nk jem ke ape ke pasni... lega... tp, kan... sok ikut jln lain... kot aku stress plak jalan yg bakal kulalui tu esk...hehehe....

Tgh hari ni td, farewell kat cozy corner ampang park...so, mkn jela...alhamdulillah...adoiii...xsuke bile bos tnye psl tmpt br... bersalahnye rase mengakui sst yg xbenar... Die ingat aku dpt job kat syabas...padahal br g interbiu je aritu...

N now...tggl sorg lg staf lom blk...mmg sayu...selamat tggl ai & patners n slmt dtg atm solution(m) sdn bhd.